Sementara itu, sebanyak 1,160 kemalangan jalan raya direkodkan dengan 15 kes kemalangan maut sepanjang Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Perak sejak 29 April lalu sehingga Khamis.<br /><br />Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, berdasarkan statistik sepanjang tujuh hari Op Selamat dilaksanakan, penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut.
